fbpx

2 askar Jepun maut ditembak rekrut ketika latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera dirakam berhampiran lapang sasar GSDF Hino di bandar Gifu, hari ini, selepas insiden tembakan berlaku. - Kyodo

TOKYO – Dua anggota tentera terbunuh manakala seorang cedera apabila seorang rekrut melepaskan tembakan di sebuah lapang sasar di Gifu, Jepun, hari ini.

“Ketika latihan tembakan peluru diadakan untuk anggota baharu, seorang calon melepaskan tembakan ke arah tiga anggota tentera,” kata Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno berkata, suspek telah ditahan, namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Polis tempatan memberitahu AFP bahawa penembak merupakan calon askar berusia 18 tahun dan ditahan di tempat kejadian oleh tentera lain.

“Suspek menembak senjata jenis raifal ke arah mangsa-mangsa dengan niat untuk membunuh,” kata seorang jurucakap polis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI