fbpx

Usaha sama Maxis, BHPetrol tawar penyelesaian digital di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goh Seow Eng (dua dari kanan) bersama Azizul Azily (dua dari kiri) pada majlis kerjasama antara Maxis dengan BHPetrol di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Maxis telah dipilih oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk menyertai pelaksanaan digitalisasi meluas BHPetrol untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata,  melalui kerjasama ini,  Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN terurusnya (Software-Defined Wide Area Network) untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran  di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan solusi kesalinghubungan
yang fleksibel, boleh dinaik taraf, dan berpatutan sambil menggabungkan langkah-
langkah keselamatan yang tersedia untuk memastikan perlindungan komunikasi
secara menyeluruh.

Hingga kini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi, dengan
pelaksanaan di stesen-stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Kerjasama penting ini membolehkan Maxis menawarkan keupayaan unik dan
pengalaman  dalam menyediakan teknologi rangkaian generasi seterusnya.

“Kami bersedia untuk bekerjasama serta menyokong usaha transformasi digital
BHPetrol,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Seow Eng menjelaskan, kerjasama strategik ini selaras dengan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa digitalisasi dalam mempercepatkan pertumbuhan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad menerangkan, kerjasama ini akan membolehkan syarikat memupuk lebih banyak inovasi, meningkatkan operasi dan yang penting sekali, meningkatkan pengalaman pelanggan.

BHPetrol membayangkan masa depan pengalaman runcit yang memerlukan
rangkaian yang boleh dipercayai, berkelajuan ultra-tinggi yang boleh direlisasikan
oleh SD-WAN Maxis.

Kedua-dua syarikat juga sedang meneroka peluang masa depan untuk melaksanakan teknologi runcit pintar termasuk analitik tingkah laku membeli-belah, pembayaran dekat, dompet mudah alih, dan penyelesaian pengesahan biometrik. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI