fbpx

Ulat gonggok boleh sebabkan kulit rengsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster dimuat naik Public Health Malaysia berkaitan ulat gonggok.

PETALING JAYA – Tahukah anda bahawa rembesan bahan kimia toksik daripada ulat gonggok boleh menyebabkan reaksi buruk sekiranya terkena pada kulit manusia, sekali gus memerlukan rawatan jika semakin teruk.

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia, ulat gonggok dianggap tidak berbahaya, namun yang dirembeskan daripada haiwan tersebut iaitu benzoquinone merupakan perengsa kuat pada kulit manusia.

“Benzoquinone menyebabkan perubahan pigmen yang mungkin dikaitkan dengan rasa sakit atau terbakar pada sesetengah pesakit.

“Kesan terkena toksin mungkin dikaitkan dengan rasa sakit atau terbakar, tetapi tiada laporan yang diketahui tentang kesan serius yang buruk pernah berlaku. Ianya biasa berlaku di jari kaki kerana terpijak ulat gonggok,” kata hantaran tersebut.

Dalam pada itu, jari kaki pesakit boleh mengalami perubahan pigmen kulit iaitu berkemungkinan merah tua, biru atau hitam serta sembuh secara spontan dari masa ke masa.

“Jika anda terpijak ulat gonggok, basuh permukaan kulit dengan sabun dan air. Dapatkan rawatan jika keadaan semakin teruk,” nasihat pihak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI