fbpx

Tiga motosikal terbakar di parkir flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok M15 Jalan Pandan 1, Taman Pandan Jaya, Ampang, hari ini.

AMPANG – Sebanyak tiga buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok M15 Jalan Pandan 1, Taman Pandan Jaya, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.26 tengah hari daripada orang awam.

“Sepasukan anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Pudu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, dilaporkan kebakaran melibatkan tiga buah motosikal yang diletakkan di bahagian parkir bangunan rumah flat, terbakar 90 peratus.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI