IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan, S. Tanusha, 18, yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu.
Kehilangan remaja itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumah di Persiaran Klebang Selatan, Taman Bertuah di sini dan kali terakhir dia berhubung dengan kakaknya pada 1 Jun lalu melalui aplikasi WhatsApp.
Remaja perempuan itu melalui aplikasi WhatsApp sekadar memberitahu dia mahu ‘hidup bebas’ dan laporan berhubungan kehilangannya dibuat di Balai Polis Kampung Tawas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE