fbpx

Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 mula dibayar sebelum Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion akan mula disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran tersebut akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.

“Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 juga akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha, Insya-Allah,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan bagi mengekang ketirisan wang awam, selain meminta Perdana Menteri menyatakan juga pelaporan perbelanjaan dan pemantauan belanjawan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI