fbpx

Sinergi suami isteri ‘seram’ Malam Zulaikha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Malam Zulaikha sudah mula ditayangkan bermula 8 Jun lalu setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran TV3.

KEHEBATAN Shuhaimi Lua Abdullah sebagai seorang sutradara drama tidak perlu lagi dipertikai. Jarang sentuhannya mengecewakan.

Antara garapannya yang barangkali masih menebal dalam ingatan ramai adalah naskhah Aku Yang Kau Gelar Isteri pernah berjaya meraih 8.4 juta tontonan sekitar 2021.

Kini, Shuhaimi tampil mempertaruhkan drama terbaharu, Malam Zulaikha yang mengisi slot Samarinda TV3 menggantikan drama Bunga, Tunggu Aku arahan Along Kamaludin.

Awalnya dihimpit keraguan dengan pemilihan Sweet Qismina yang berdepan isu kesihatan, nyata percaturan menggandingkan pelakon itu dan suaminya, Adam Lee sebagai teraju utama drama tersebut bukan sesuatu yang sia-sia.

Shuhaimi atau nama sebenarnya, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia meletakkan 100 peratus kepercayaan terhadap sinergi yang dicetuskan pasangan suami isteri itu.

“Pada permulaan saya agak risau juga apabila mendapati Sweet kurang sihat dan cergas, tetapi terpaksa teruskan juga penggambaran selepas beberapa perbincangan.

“Saya kurangkan sikit babak sukar termasuk yang membabitkan ilmu saka, malah melihat melihatkan komitmen Sweet dan Adam Lee memberikan semangat kepada saya untuk menyuntik elemen terbaik untuk setiap adegan.

“Sweet pula sanggup buat apa sahaja bagi memastikan setiap aksi itu ‘hidup’ malah babak-babak besar semua dilakonkan sendiri,” katanya.

Seram

Drama rantaian terbaharu syarikat produksi Tanah Beris Film Production itu mempertaruhkan nuansa seram yang mempunyai pengikut tersendiri.

Menurut Shuhaimi, pihaknya dan TV3 yakin untuk karya terbaharu kali ini mampu mencipta magis tersendiri dalam kalangan audiens.

Selain Sweet sebagai Zulaikha dan Adam (Izmir), karya tulisan Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil yang membabitkan 15 episod ini turut menampilkan Maria Farida sebnagai Mustika, Ku Fridah (Salbiah) dan Fiza Thomas (Farah).

Pelakon lain terlibat adalah Amyza Aznan, Syahmie, Danny Shah, Rahim Jailani , Dilla Ahmad, Vanidah Imran, Syahmimi Kaman, Azhar Amir dan Rasyidah Jaafar.

Setiap kerja pasti ada cabaran dan Shuhaimi turut berdepan kesukaran pembikinan drama yang mengangkat genre seram tersebut.

Premium

Contohnya cabaran aksi atau babak terbang dan terangkat ke udara yang menggunakan tali bawah khidmat pelakon lagak ngeri berpengalaman.

“Ada babak Zulaikha lakonan Sweet diletakkan di atas dahan di atas pokok dan jatuh ke bawah disambut Adam selain.

“Saya sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untuk merealisasikan babak tersebut.

“Itu adalah tanggungjawab saya terhadap karya saya sendiri walaupun hanya drama kerana mahu penonton merasakan kelainan menonton Malam Zulaikha. Ini bukan drama biasa sebaliknya sebuah karya premium,” ujarnya.

Malam Zulaikha mengisahkan Zulaika, pelajar tahun akhir sebuah kolej yang sering mengalami gangguan mistik sejak kecil lagi.

Dia berkongsi perkara tersebut dengan rakan sebiliknya, Farah, namun Zulaikha didakwa mengalami gangguan jin atau saka.

Malam Zulaikha sudah mula ditayangkan bermula 8 Jun lalu setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI