fbpx

Sawah padi di Pasir Puteh, Bachok perlu rumah pam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad (kanan) mempengerusikan sesi taklimat bersama kakitangan Kada selepas melapor diri di Ibu Pejabat Kada, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bercadang untuk membina dua rumah pam khas bagi mengatasi masalah pengairan sawah padi di daerah Pasir Puteh dan Bachok.

Pengerusi Kada, Muhammad Husain menjelaskan, kekurangan air di dua daerah berkenaan merupakan masalah besar dihadapi Kada ketika ini dan cadangan berkenaan telah dibawa ke peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menurutnya, kedua-dua rumah pam berkenaan dicadangkan untuk dibina di Pasir Puteh dan Bachok dengan melibatkan kos mencecah kira-kira RM40 juta.

“Melalui perbincangan yang diadakan, kementerian meminta Kada memberikan tumpuan kepada masalah pengairan di Pasir Puteh dan Bachok supaya tidak perlu bergantung kepada Rumah Pam Kemubu 2.

“Perkara tersebut masih di peringkat cadangan. Kita diminta untuk mengenal pasti lokasi rumah pam itu untuk proses pengambilan tanah,” katanya pada sidang akhbar selepas melaporkan diri sebagai Pengerusi Kada yang baharu di Ibu Pejabat Kada di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad memberitahu, Kada ketika ini menyelia tanah sawah seluas 6,000 hektar di Pasir Puteh dan Bachok yang melibatkan seramai 3,000 petani.

Menurutnya, selain itu, keseluruhan kawasan pertanian Kada pula merangkumi keluasan lebih 26,000 hektar dengan lebih 7,000 petani.

“Punca utama masalah pengairan pada musim kemarau adalah penyusutan paras air sungai dan usaha mengatasinya memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

“Kita juga sedang melaksanakan pembinaan Rumah Pam Kemubu 3 yang bermula pada 1 Jun lalu. Paras air di rumah pam sedia ada turun sehingga 2 meter sedangkan paras minimum yang diperlukan adalah 3.4 sungai,” katanya.

Tambahnya, oleh itu, Rumah Pam Kemubu 3 yang dijangka siap pada Jun 2025 mampu menyelesaikan masalah air di kawasan sawah dalam tempoh 30 hingga 50 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI