fbpx

Ramai serbu Aliff Syukri lelong durian RM5 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan gerai Aliff Syukri diserbu orang ramai.

PETALING JAYA- Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian orang ramai kerana menjual durian pada harga RM5 sekilogram baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Instagram, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli buah durian yang dijual tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai kagum dengan sifat pemurah dan semangat  Aliff Syukri dalam berniaga.

“Aku suka dia ni sebab semangat dia dalam berniaga, dia tidak malu dan tidak kisah berniaga apa, asalkan dapat duit yang halal,” komen Des Saidi.

“Murahnya dia jual, susah hendak dapat harga begitu di tempat saya, mahu pergi ke sana jauh pula,” komen Alia.

“Berniaga sambil bersedekah, sebab itu rezeki dia murah sahaja. RM5 sekilogram, susah hendak jumpa orang jual macam itu zaman ini. Terbaik datuk,” kata Aziman.

“Sebab itu dia murah rezeki, walaupun kadang-kadang perangai dia buat satu Malaysia melatah, tetapi hati dia baik,” kata Fnd.Jhr.

Sebelum ini, Aliff Syukri memaklumkan beliau mahu berniaga sambil bersedekah di samping mahu semua orang dapat merasai kelazatan raja buah yang sedang bermusim itu.

“Tiada niat mahu bersaing. Hanya mahu berniaga sambil bersedekah, orang lain pun dapat rasa bersama-sama,” katanya dalam satu perkongsiannya di Instagram. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI