fbpx

Ramai meluat cara tak sopan pelajar asing jual bunga tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pelajar warga asing berkenaan sedang menjual bunga kepada orang ramai.

PETALING JAYA – Kelakuan pelajar asing yang bertindak memaksa orang ramai membeli bunga yang kuncup tidak disenangi orang ramai di sebuah kawasan dipercayai di Putrajaya.

Lelaki berkenaan dipercayai memaksa orang ramai membeli bunga yang dijualnya itu dan sekiranya enggan, individu tersebut akan dimarahi.

“Dahlah bunganya kuncup, tak menarik,” kata Norhayati.

Menerusi klip video yang dimuat naik Norhayati Araby di akaun TikTok miliknya memaparkan, seorang lelaki warga asing sibuk menjual bunga kepada orang ramai.

Menurutnya, lelaki warga asing itu juga bertindak biadab apabila menyuruhnya membuka niqab kerana enggan memberikan wang yang ditagih.

“Aku tahan-tahan saja rasa marah dengan mamat ni. Dahlah warga asing, mengemis di negara orang, minta pula duit dengan perempuan.

“Bila kita tak nak kasi, dia ‘insult’ saya, ulang-ulang cakap ‘just open your niqab!’,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambah Norhayati, dia menggesa pihak berwajib supaya segera mengambil tindakan kepada warga asing ini supaya hal sebegini tidak berpanjangan.

“Biadab! Mudah-mudahan pihak berwajib ambil tindakan tegas. Jangan biarkan mereka bermaharajalela,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pendapat mengenai kejadian ini.

“Iya pernah, suami jenis tak pandai menolak. Dia paksa-paksa suruh beli, tapi saya laju sailang (potong) cakap tak payah nak buat apa beli bunga, bazir duit saja. Terus dia jeling saya dan bebel,” ujar Alidya Sufyan.

“Dah bertahun dia dekat situ. Cakap jual bunga sebab tengah belajar. Lama betul tak tak habis-habis belajar,” kata Akak Bulan.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 3,663 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI