fbpx

Polis kategorikan 190 lokasi panas sempena PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 190 lokasi dikategorikan sebagai kerusi panas membabitkan enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dari jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang.

“Lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana berpotensi tercetus provokasi yang menjejas ketenteraman awam.

“Bagi memastikan kelancaran PRN, polis melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada soal keselamatan pengundi, tempat pengundian serta tempat penjumlahan undi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas program lawatan hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan seramai 93,833 warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI