fbpx

Orang ramai bantu habiskan lambakan tembikai ejen buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli tembikai di sebuah gerai dekat Taman Jaya 4 di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Tindakan pelanggan membatalkan tempahan buah tembikai tanpa dapat dihubungi menyebabkan seorang ejen buah di sini mengalami kerugian mencecah RM20,000.

Kejadian itu menjadi tular apabila adik ejen terbabit berkongsi kejadian yang mendakwa abangnya menjadi mangsa penipuan (scammer) di aplikasi Facebook yang meminta bantuan dan sokongan orang ramai untuk menghabiskan kira-kira 24 tan metrik buah tembikai terbabit.

Mohd. Shukri Abdul Mazak, 40, berkata, dia terkejut apabila melihat orang ramai berpusu-pusu datang ke gerainya bermula pukul 10 pagi bagi membeli tembikai yang ditawarkan dengan harga RM10 bagi empat biji tembikai.

“Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya berdepan insiden sebegini selepas hampir 30 tahun dalam bidang ini. Terima kasih atas sokongan padu orang ramai dan ini sangat membantu saya untuk menghabiskan jumlah buah tembikai yang ada,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd. Shukri berkata, beliau mengakui kesilapannya tidak mengambil deposit daripada pelanggan tersebut kerana sudah banyak kali berurusan dengan individu terbabit.

“Pelanggan sebenarnya menempah untuk 10 tan metrik, tetapi akibat kesilapan timbangan menyebabkan saya terpaksa mengambil sehingga dua kali di kebun tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 24 tan metrik.

“Pelanggan terbabit juga tidak menjawab panggilan telefon atau membalas WhatsApp menyebabkan saya pula berhutang dengan pekebun itu hampir RM20,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI