fbpx

Miliki 20 kolam ternakan Arowana, Jamal Abdillah dapat pujian DOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal (tengah) ketika dikunjungi pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di kolam ternakan kelisa miliknya di Bukit Merah, Perak.

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memuji usaha Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah berjaya menternak ikan hiasan spesies kelisa atau lazim disebut sebagai Arowana.

Menerusi hantaran di Facebook DOF, premis yang diusahakan Jamal atau nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 64, mendapat perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali ketika lawatan kerjanya di Bukit Merah, Perak kelmarin.

Sesi lawatan tersebut turut diiringi Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur DOF, Datuk Azahari Othman serta Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid.

“Setelah menimba ilmu lebih 10 tahun dalam industri penternakan ikan kelisa, beliau telah pun menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu 79 Arowana Resources yang memiliki 20 buah kolam,” katanya di sini.

Kata DOF lagi, Jamal juga menjadikan ikan kelisa jenis Super Red sebagai spesies ternakan utama selain memiliki ikan kelisa spesis Silver Albino dan Highback.

Selain penternakan ikan Arowana, Jamal juga mula aktif menceburi bidang penternakan ruminan dengan mengusahakan ladang lembu secara komersial di Kerian, Perak sejak lebih sebulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI