fbpx

Mahkamah: Dua hakim Mahkamah Rayuan angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun (lima dari kanan) bersama 22 hakim yang baharu dilantik selepas Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia di Istana Kehakiman hari ini.

PUTRAJAYA – Dua hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim, Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia yang diadakan secara tertutup di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini.

Majlis itu turut disiarkan secara langsung di laman-laman media sosial rasmi Badan Kehakiman Malaysia.

Abu Bakar antara lima panel hakim yang mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semakan sabitan dan hukuman dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Sementara Abdul Karim yang memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pernah mengetuai panel tiga hakim bagi rayuan Najib membabitkan SRC di peringkat Mahkamah Rayuan.

Pada majlis sama, seramai empat orang hakim Mahkamah Tinggi dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka ialah Datuk Azmi Ariffin, 62, Datuk Azhahari Kamal Ramli, 60, Datuk S.M Komathy Suppiah, 64, dan Datuk Dr. Choo Kah Sing, 55.

Acara mengangkat sumpah taat setia itu dilakukan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Selain itu, seramai 10 Pesuruhjaya Kehakiman dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.

Mereka ialah Datuk Mohd Arief Emran Arifin, 47; dan Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan Lee, 49; Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, 54; Norliza Othman, 57; Hasbullah Adam; 55, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, 57; Roslan Mat Nor, 58; Julia Ibrahim, 57; Adlin Abdul Majid, 49, dan Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, 52.

Sementara itu, seramai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Faridz Gohim Abdullah, 57, mengetuai barisan enam individu yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi.

Selain Faridz, turut dilantik ke jawatan tersebut ialah Mohamad Haldar Abdul Aziz, 58, S. Indra Nehru, 59, Roszianayati Ahmad, 54, Yusrin Faidz Yusoff, 49, Moses Susayan, 55.

Kesemua mereka mengangkat sumpah taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. Pelantikan mereka berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu, kesemua hakim itu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menerima surat cara pelantikan tersebut di istiadat Singgahsana Kecil Istana Negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI