fbpx

LPP kesan lepasan SPM tidak mahu sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf PPK Pokok Sena di Dewan PPK Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang mengenal pasti lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan keluarga di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang enggan menyambung pelajaran.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya telah meminta pengurusan PPK untuk mengadakan pertemuan dengan keluarga pelajar terlibat bagi menjelaskan tentang hala tuju dan keperluan untuk menyambung pelajaran.

“Mungkin mereka boleh menelusuri laluan kemahiran kerana bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ketika ini mendapat permintaan cukup menggalakkan daripada industri.

“Sekiranya mereka tidak melanjutkan pelajaran dan terus masuk ke sektor ekonomi gig, mungkin akan berlaku lambakan dan perkara itu tidak akan membantu dalam mencapai hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf PPK Pokok Sena di Dewan PPK Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau meminta kerajaan supaya memberi perhatian kepada loji benih padi dikelolakan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, langkah tersebut bagi memastikan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada pihak lain sekiranya berlaku sebarang krisis luar jangka.

“Di samping itu, ia juga dapat memastikan benih-benih padi yang dibekalkan kepada petani mencapai kualiti ditetapkan demi kebaikan semua pihak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI