fbpx

Lelaki warga asing maut dengan 10 tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga asing ditemui maut dengan 10 kesan tikaman pada seluruh badan di Batu Kawan, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menerima panggilan menyatakan terdapat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Central Island Park Aspen kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

”Pihak polis telah ke lokasi dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan berdarah dan terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa. Pegawai perubatan telah ke lokasi dan mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Seberang Perai Selatan bersama pasukan forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) dan pasukan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

”Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan terdapat 10 kesan tikaman pada seluruh badannya. Mangsa berpakaian lengkap t-shirt merah dan berseluar jeans. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI