fbpx

Pentas komedi bukan tempat cambah benih kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan komedi berdiri Jocelyn Chia yang mendapat kecaman pengguna media sosial.

KOMEDI merupakan salah satu cabang seni yang sangat berkuasa. Sangat berkuasa kerana melaluinya, banyak perkara mampu digerakkan.

Melalui komedi juga, andai tersilap langkah dan mendarat di ‘longkang’ tidak sepatutnya, ba­nyak perihal negatif yang boleh tercerna.

Di sini tidak mahu terlalu memberi kemilau buat pelawak pseudo bernama Jocelyn atau dari mana entiti tersebut berasal, namun apa diperlakukan si polan itu ada pro dan kontranya.

Pro kerana disebabkan apa yang berlaku, kita dapat melihat kebersatuan rakyat Malaysia mempertahankan ibu pertiwi.

Positifnya juga kerana hatta Malaysia masih berstatus negara sedang membangun, tetap kukuh kaya dengan budi pekerti dan kekal tunduk seperti bunyi peribahasa, ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

Kita tidak terlalu tunduk de­ngan terpaksa ‘berjabat tangan’ dengan negara-negara mat saleh sampai hilang identiti. Kita bukan begitu, namun terpulang DNA negara lain.

Benar, masih banyak lompong Malaysia, tetapi tiada negara di dunia yang sempurna.

Kalau menyindir negara lain, kononnya membuatkan mana-mana orang menghela oksigen lebih baik atau buat mereka rasa rasa lagi okey, itu barangkali satu penyakit yang hanya mereka sendiri boleh ubati.

Melahirkan lelucon atau berlawak sebenarnya, ada sempadan yang kalau dipatuhi, pelakunya akan dijunjung tinggi. Kalau tidak masakan, Volodymyr Zelenskyy diangkat sebagai Presiden Ukraine.

Atau ramai orang berubah nasib atas nama komedi. Contoh­nya, terbentang dan ramai cetakan biru ditinggalkan anak-anak seni negara ini.

Berbalik soal isu yang masih menggelegak, tragedi masih ‘ber­darah’, lagi molek tidak ditoreh atau disiat-siat kerana manusia dilahirkan sifat empati. Sesuatu yang barangkali tiada dalam lahiriah binatang.

“Adakah kita boleh menggunakan peristiwa tragis setelah beberapa tahun berlalu dan jadikan bahan lawak?

“Di dunia barat pun ada garis merah (lawak) dan saya tak pernah (dengar), kalau ada pun (mesti) dikecam dunia barat (me­ngenai) lawak Holocaust atau pembunuhan beramai-ramai ketika perang dunia kedua.

“Saya tak fikir apa yang dilakukan sesuatu yang boleh dite­rima walaupun Holocaust dengan MH370 buat (perbandingan) ­apple to apple. Tetapi itu adalah tragedi,” kata ahli politik, Khairy Jamaluddin seperti dipetik da­lam satu audiosiar baru-baru ini.

Orang Asia sangat kaya de­ngan kesopanan dan janganlah kerana inginkan validasi dari sebelah Barat sampai sanggup ‘memakai topeng badut’ dan menertawakan sesama sendiri.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan juga se­nada dengan Khairy dan menyifatkan perlakuan wanita bekas warganegara Singapura itu sebenarnya yang salah ‘mendarat’.

“Tragedi adalah perkara sedih dan diratapi dan ia tidak boleh diperkecilkan.

“Kedua, soal MH370 ini masih ada yang belum terjawab dan banyak persoalan, serta kesedihan atas isu itu,” ujar Shahril.

Masih berkali-kali ingin di­ingatkan di sini bahawa apa yang diungkapkan Jocelyn tidak me­lambangkan langsung hubungan atau jambatan kasih antara Malaysia dan Singapura.

Kita masih dua negara yang mempunyai sejarah bersama yang panjang. Saling bergantu­ngan antara satu sama lain. Sejak Singapura digelar Temasek, Malaysia bercambah dari nama dari

Tanah Melayu, sejarah dua negara ini saling berkait rapat sampai ke era moden sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI