fbpx

Kedah RORO bawa kenderaan, penumpang kini beroperasi di Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Feri Kedah RORO telah memulakan operasinya di Jeti Kuala Kedah sejak April lalu dan menjadi alternatif pengunjung yang mahu ke Pulau Langkawi. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Perkhidmatan feri roll-on roll-off (RORO) yang membawa kenderaan dan penumpang ke Langkawi kini beroperasi di Kuala Kedah di sini dalam usaha menawarkan pengangkutan alternatif kepada orang ramai.

Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran Langkawi Kedah RORO Management Sdn. Bhd. (Kedah RORO), Ismail Zain, syarikat tersebut melabur sebanyak RM200 juta bagi menyediakan kemudahan pengangkutan itu termasuk infrastrukturnya.

“Ketika ini Kedah RORO berlabuh di dermaga Jabatan Laut di Kuala Kedah.  Ini adalah inisiatif kami untuk rakyat Malaysia yang ingin ke Langkawi sebagai memberi nilai tambah kepada hub pengangkutan awam di sini.

“RORO Kedah ini beroperasi sebulan sebelum LIMA’23 lepas apabila ia dijadikan pengangkutan untuk membawa penumpang, kenderaan awam dan perdagangan. Buat masa sekarang yang pertama di Kuala Kedah,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Kedah RORO di sini hari ini.

Beliau menambah, setakat ini Kedah RORO menyediakan dua perjalanan dari Langkawi dan Kuala Kedah setiap hari.

“Kita menyasarkan untuk menambah jadual perjalanan ini sehingga lima perjalanan dalam tempoh enam bulan ini kerana RORO akan ditambah dalam masa terdekat.

“RORO ini akan membawa penumpang dan kenderaan dari Langkawi pada pukul 9 pagi iaitu di Dermaga Tanjung Lembung, Bukit Malut di Langkawi serta di Kuala Kedah pada pukul 1 tengah hari setiap hari. Jadual ini bagaimana berubah bergantung pada arus dan paras pasang surut air di Kuala Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI