fbpx

Kantoi kahwin lain, akauntan didakwa pukul bini dalam BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang akauntan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul isterinya berusia 58 tahun gara-gara mangsa mengetahui dirinya telah dimadukan, Mac lalu.

Tertuduh, Norazlan Md. Ali, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya, Zaharah Mustapa, 58, kira-kira pukul 5.30 petang di dalam kereta jenis BMW XI di kawasan lampu isyarat di Bukit Katil pada 25 Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas mangsa mendapat tahu suaminya itu telah berkahwin lagi secara rahsia dan berlaku bertengkaran mulut sehingga dia dipukul oleh tertuduh.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikn Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan hanya bekerja sebagai akauntan dan menanggung isteri serta enam anak.

Tertuduh juga memaklumkan dia tidak lagi duduk serumah bersama isterinya itu.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan tarikh 20 Julai sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI