fbpx

Kajol dikecam mainkan isu kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

SELEPAS mengejutkan peminat dengan pengumuman mahu berehat daripada media sosial pada Jumaat lalu, aktres tersohor Bollywood, Kajol dihujani kecaman peminat.

Semuanya berpunca daripada tindakannya menggunakan isu kesihatan mental sebagai gimik untuk mempromosikan sebuah program televisyen terbaharunya.

Rata-rata khalayak naik marah dengan tindakan bintang Kuch Kuch Hota Hai itu kerana sanggup bermodalkan perkara membimbangkan orang ramai demi publisiti murahan.

Tidak hairan ramai yang meninggalkan komen memarahinya selain meluahkan kekecewaan atas tindakannya sebagai pelakon senior.

Terdahulu, menerusi hantaran Instagram miliknya, Kajol menyatakan keinginan berehat daripada menggunakan media sosial kerana berdepan ‘masalah’ yang dianggap paling sukar dalam hidup.

Segelintir peminat beranggapan pelakon itu sedang mengalami masalah rumah tangga bersama suaminya, Ajay Devgan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI