fbpx

Jururawat biadap maki ibu bersalin tekan loceng kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa mengalami tekanan perasaan yang teruk selepas dimarahi dan dimaki oleh seorang jururawat kerana menekan butang kecemasan di wad bersalin.

Kejadian dipercayai di sebuah hospital di Selangor itu tular di media sosial, hari ini.

Menceritakan perkara itu, wanita berkenaan berkata, dia berasa sangat tertekan dan menangis setiap hari selepas dituduh tidak layak menjadi seorang ibu.

“Sehari sebelum kejadian, jururawat tersebut bergaduh dengan pesakit lain. Tetapi, pesakit itu berani melawan.

“Esoknya, saya yang menjadi mangsa keadaan. Saya tidak cakap dalam keadaan marah atau kasar, saya hanya panggil dan tanya mengapa anak saya tidak berhenti menangis.

“Tetapi, saya pula yang kena maki sebab saya tekan ‘button’ untuk panggil jururawat. Kalau tak boleh panggil, kenapa cakap boleh panggil jururawat guna ‘button’ itu?

“Dia (jururawat) tidak dengar lagi apa kondisi anak, dia terus marah dan maki saya selepas dipanggil. Esoknya, doktor periksa anak dan dapati dia demam,” katanya.

Tambah pengguna tersebut, emosi ibu berpantang sangat rapuh. Kehamilan yang sukar juga menyebabkan kondisi mentalnya tidak stabil.

“Saya tidak tahu kenapa mulut dia (jururawat) celupar sangat. Sampai hari ini, saya tidak dapat terima apa yang dia cakap kepada saya.

“Ayat dia (jururawat) bahawa saya tidak layak jadi ibu membuatkan saya terkesan sehingga benar-benar tidak mahu jadi ibu,” tambahnya.

Pengguna tersebut juga sempat menitip pesan agar jururawat lebih sensitif terhadap perasaan ibu baru bersalin.

“Awak tak tahu apa kesan kata-kata tersebut kepada orang lain. Jujurnya, saya tak akan lupa. Saya juga trauma untuk jejakkan kaki di hospital tersebut lagi.

Menurut perkongsian yang sama, pengguna Twitter tersebut mendakwa telah membuat laporan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA), tetapi tidak dilayan kerana tidak mempunyai sebarang bukti kerana tidak merakam kejadian tersebut.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 7,518 tanda suka dan 5,771 ciap semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI