fbpx

Harimau Malaya yakin mampu menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL meletakkan kepercayaan penuh terhadap Pan-gon untuk mencatur strategi terbaik bagi Harimau Malaya terus menikmati kemenangan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TONGGAK Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim yakin mampu mengatasi cabaran Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan Tier 1 pada esok dan 20 Jun ini.

Pemain sayap Selangor FC itu berkata, sentuhan ketua jurulatih, Kim Pan-gon serta adunan pemain muda dan tonggak berpengalaman mampu menghadirkan magis buat Harimau Malaya.

Beliau berkata, kelebihan fizikal pemain dari dua negara Oceania tersebut tidak menghalang keupayaan Malaysia untuk mengulangi kemenangan ke atas Turkemenistan dan Hong Kong pada Mac lalu.

“Tiada perlawanan yang mudah terutama di pentas antarabangsa bahkan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea juga memiliki kekuatan tersendiri.

“Begitupun, saya percaya percaturan taktikal ketua jurulatih (Pan-gon) dengan kualiti barisan pemain Malaysia boleh memberikan kemenangan dalam dua perlawanan ini,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Dalam aksi antarabangsa 24 Mac lalu, Malaysia meraih kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid.

Rentak positif itu diteruskan lima hari kemudian dengan kejayaan membenam Hong Kong, 2-0 dengan jaringan disumbangkan Akhyar dan Faisal pada babak pertama.

Faisal berkata, rentak bersama skuad negara banyak membantunya mengekalkan prestasi bersama Selangor yang kini cemerlang di kedudukan kedua Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI