fbpx

Gavi suntik vaksin kepada lebih 1 bilion kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja kesihatan menyediakan vaksin Oxford/AstraZeneca di sebuah hospital di Nairobi pada 5 Mac 2021. – AFP

GENEVA, Switzerland – Perikatan vaksin Gavi menyatakan hari ini bahawa pihaknya membantu memberikan vaksinasi rutin kepada lebih satu bilion kanak-kanak sejak ditubuhkan 23 tahun lalu dan menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

Menurut organisasi berpangkalan di Geneva itu dalam satu laporan aktiviti, pihaknya telah memberikan beberapa bilion suntikan vaksin lagi semasa kempen khas atau kecemasan termasuk pandemik Covid-19.

Secara keseluruhan, Gavi yang ditubuhkan dalam tahun 2000 untuk menyediakan pelbagai vaksin kepada negara-negara membangun memberitahu, ia menyediakan sekitar 6 bilion suntikan vaksin di seluruh dunia.

Kempen tersebut, katanya membantu melindungi kanak-kanak dan orang dewasa daripada 19 penyakit berjangkit.

Gavi merupakan perkongsian yang membawa bersama negara membangun dan kerajaan penderma, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNICEF, Bank Dunia, industri vaksin, Yayasan Bill dan Melinda Gates serta pihak lain. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI