fbpx

Gaji RM6,890 baru cukup tinggal berkeluarga di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Anggaran perbelanjaan pasangan suami isteri dengan dua anak di Lembah Klang meningkat kepada RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada tahun 2019.

Perkara itu didedahkan menerusi buku Panduan Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

Turut terkandung dalam buku panduan tersebut adalah anggaran perbelanjaan bagi pasangan tanpa anak iaitu kira-kira RM4,630 berbanding RM4,420 sebelum ini.

Sementara itu, anggaran belanjawan bulanan golongan bujang di Lembah Klang turut mencatatkan peningkatan 3.21 peratus atau bersamaan RM60 pada tahun ini kepada RM1,930 berbanding RM1,870 pada 2019.

Menurut buku panduan itu lagi, anggaran tersebut diguna pakai bagi golongan bujang yang menggunakan pengangkutan awam.

Disamping itu juga, individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di Lembah Klang memerlukan RM1,930 bagi menampung perbelanjaan harian termasuk makan berjumlah RM610, sewa bilik RM370 dan pengangkutan RM140.

Bagi golongan bujang yang memiliki kenderaan sendiri anggaran perbelanjaan bulanan mereka turut bertambah daripada RM2,490 kepada berjumlah RM2,600 dengan anggaran perbelanjaan bulanan kenderaan mereka berjumlah RM760.

Lembah Klang merupakan bandar yang merekodkan kos hidup paling tinggi di dalam panduan Belanjawanku 2022/2023 diikuti Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Manakala, Alor Setar adalah antara lokasi yang memerlukan kos hidup selesa yang rendah bagi setiap kategori isi rumah.

Belanjawanku 2022/2023 juga memberikan satu indikator baharu kos hidup bagi setiap peralihan kategori isi rumah di 12 bandar utama Malaysia.

Sementara itu, Pengarah SWRC Profesor Datuk Dr. Norma Mansor berkata, penyelidikan terperinci telah dilaksanakan KWSP dengan SWRC dalam membangunkan Panduan Belanjawanku 2022/2023.

Katanya, beberapa isu, seperti tahap celik kewangan yang rendah dan peningkatan kos sara hidup merupakan sebahagian penyebab utama rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang rendah, hutang yang tinggi dan kebankrapan di kalangan belia.

“Di sinilah Belanjawanku memainkan peranan sebagai panduan untuk perancangan kewangan dan pengurusan hutang individu, di samping mengesyorkan jumlah simpanan untuk kegunaan masa depan dan dalam situasi yang belum pernah berlaku.

“Pembuat dasar juga boleh menggunakan Belanjawanku sebagai penunjuk atau penanda aras dalam menangani isu kos sara hidup, pariti kuasa beli, dan pembasmian kemiskinan bagi memastikan keterangkuman sosial dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI