fbpx

Empat kenderaan kemalangan gara-gara babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berhampiran pusat beli belah Alamanda

SEPANG – Tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit kemalangan selepas mengelak dan melanggar seekor babi dalam kejadian berhampiran pusat beli belah Alamanda pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.47 pagi di Jalan Desa Pinggiran Putra menghala ke pusat beli belah itu, seorang penunggang motosikal cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu tiga kereta itu bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda City terlanggar bangkai seekor babi di lorong kanan jalan sebelum terbabas.

“Kereta dipandu seorang lelaki itu kemudian merempuh dua buah kereta jenis Toyota Yaris dan Honda BRV serta sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang turut berada di lorong yang sama.

“Sebelum itu, Toyota Yaris terlebih dahulu melanggar haiwan berkenaan sebelum terbabas manakala, pemandu Honda BRV dan penunggang motosikal turut berhenti di laluan sama bagi memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI