fbpx

Dipaksa pakai baju bersaiz kecil, pusing badan depan penyelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang gadis trauma apabila telah menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut satu tangkap layar tular di Twitter, gadis tersebut mendakwa dipaksa menyarung baju yang bersaiz kecil di hadapan penyelia dan seorang lagi staf lain di tempat kerja.

“Dia (penyelia) suruh saya sarung baju kerja dihadapannya. Saya minta tukar baju di tandas tapi tidak dibenarkan.

“Tetapi, saya mengalah. Saya sarungkan juga baju kerja di atas baju sedia ada.

“Walaupun baju kerja yang dipakai terlalu ketat, penyelia paksa juga saya untuk butangkan baju dan pusingkan badan dihadapannya.

“Saya pusingkan badan dan mengadu baju tersebut terlalu singkat untuk saya.

Kata pengadu tersebut lagi, dia sudah meminta baju bersaiz L, tetapi saiz yang ada hanyalah saiz M dan 3XL.

“Tetapi, apabila saya ugut tidak mahu datang kerja disebabkan ketiadaan baju, tiba-tiba dia (penyelia) kata ada baju bersaiz L.

“Selepas kejadian tersebut, saya telah mengadu kepada kawan-kawan yang lain. Mereka galakkan saya untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus.

“Namun, alangkah terkejutnya saya apabila penyelia memuat naik satu ‘status’ di aplikasi WhatsApp pada malam yang sama.

“Menurut ‘status’ WhatsApp tersebut, saya dituduh mengadu domba dan sengaja memburuk-burukkan dirinya di hadapan pekerja lain. Katanya, saya tidak boleh jadi model sebab takut dan malu dengan benda kecil,” luahnya lagi.

Menurut hantaran yang sama, pekerja tersebut sudahpun mendapatkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian. Namun, rakaman tersebut tidak mempunyai suara.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI