GARA-GARA berkongsi video sedang mempamerkan aksi tarian gelek, penyanyi dangdut Dewi Perssik dituduh sebagai janda gatal.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 37 tahun itu dilihat lincah menari sambil menayangkan bahagian perutnya.
Menurut Dewi, tarian yang dipamerkan itu merupakan aksi tari baharu yang dipelajari daripada gurunya.
Netizen yang melihat Dewi, 37, bagaimanapun melahirkan rasa kurang senang kerana menganggapnya keterlaluan.