fbpx

Dewan Rakyat: Penyelesaian sempadan Malaysia-Indonesia tidak korban kepentingan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perjanjian penyelesaian sempadan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia tidak akan sesekali mengorbankan kepentingan kedaulatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana perjanjian persempadanan maritim yang dimeterai dengan Indonesia sudah pun mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

“Perjanjian itu telah dimeterai selepas dirujuk pakar maritim, Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Pejabat Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia,

“Menteri Luar dan Kementerian Luar yang banyak menjalankan tugas dalam hal ini dan sebelum kita meterai (perjanjian) saya masih berhadapan dengan pakar-pakar ini.

“Kalau ada nama pakar yang Kota Bharu (Takiyuddin) nak sebut sila nyatakan, jangan pakai semberono saja,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Perdana Menteri menyatakan apa jaminan kerajaan bahawa perjanjian penyelesaian sempadan yang baru ditandatangani itu tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri juga memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sudah dimaklumkan bahawa pemeteraian perjanjian Malaysia dengan Indonesia pada 8 Jun lalu membabitkan kawasan tiga batu nautika dan tidak membabitkan perbatasan dan sempadan negeri itu.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga dimaklumkan mengenai rundingan bagi memuktamadkan Pulau Sebatik dan kawasan di Tawau ditangguhkan sehingga ada persetujuan baharu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI