fbpx

Dadah bernilai lebih RM400,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkipli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Sibu hari ini.

SIBU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sini apabila berjaya menangkap seorang tokan yang bergiat aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di pusat-pusat hiburan di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu dicekup oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sibu di sebuah pangsapuri di Jalan Wong King Huo, di sini kira-kira pukul 2.15 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan menjumpai lebih 3 kilogram pelbagai jenis dadah iaitu 71 peket bertulis ‘Juice Master’ berisi serbuk jus disyaki campuran dadah jenis ekstasi dianggarkan seberat 2.294 kilogram.

“Kmai turut menemui 1,511 biji pil pelbagai jenis disyaki dadah jenis Ekstasi seberat 566.73 gram, 43 peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis Ketamin (berat kasar 273 gram) dan 26 peket plastik disyaki mengandungi dadah jenis Ekstasi (seberat 25.447 gram). Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM402,052,” katanya pada sidang media di IPD Sibu, di sini hari ini.

Menurut Zulkipli, rampasan itu adalah yang kedua terbesar dilakukan oleh IPD Sibu pada tahun ini dan suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine/Benzodiazepines (Meth/Benzo).

Beliau berkata suspek juga mempunyai tiga kes lampau berkaitan dadah dan ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Katanya suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan sabit kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 boleh dihukum gantung sampai mati.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI