PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 buah negeri sehingga 6 petang.
MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Cuaca buruk dijangka berlaku di utara Semenanjung melibatkan negeri Kedah di Sik dan Baling, Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
“Negeri pantai timur di Kelantan, Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang, Terengganu di Besut dan Setiu, Pahang di Bentong, Bera dan Rompin.
“Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol, Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, Sarawak di Sri Aman, Mukah dan Kapit, Sabah di Pedalaman, Pantai Barat , Sandakan dan Kudat.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE