fbpx

Anwar setuju tambah elaun pelajar tajaan JPA RM100 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bercakap pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan JPA di UKM, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebanyak RM100 sebulan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran elaun itu akan dilaksanakan bermula 1 Julai nanti.

“Okey, RM100 sebulan, setuju. Mulai 1 Julai saudara akan dapat elaun sebanyak RM100 tambahan,” katanya pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan JPA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, Haikal sekiranya kerajaan pimpinan Anwar akan melakukan langkah yang sama seperti kerajaan terdahulu.

Dalam masa sama, Anwar dalam satu kenyataan berkata, kenaikan kadar ESH itu merupakan usaha bagi menangani kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40.

“Inisiatif semakan kadar ESH ini membolehkan pelajar tajaan JPA memberi fokus kepada pencapaian keemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian,” ujarnya.

Tambah Anwar, peruntukkan tersebut melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan seramai 43,595 orang pelajar.

Sementara itu, Anwar memberitahu, kredit e-tunai berjumlah RM200 yang akan diberikan kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun juga akan diawalkan pada minggu ketiga bulan Jun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI