fbpx

Alya Iman percaya dosanya tidak lagi ditanggung arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYA IMAN

PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh, Alya Iman menegaskan segala perbuatan dan dosanya di dunia ketika ini tidak lagi ditanggung oleh bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha yang sudah meninggal dunia.

Tidak berdiam diri, Alya atau nama penuhnya Alya Ziman Zamil membidas komen seorang netizen dengan mengatakan tugas bapanya di dunia iaitu mendidiknya sudah selesai selepas meninggal dunia.

“Tanggungjawab arwah ayah saya sudah selesai di dunia,” jawabnya ringkas.

Alya berkata demikian bagi membidas beberapa komen netizen yang berpendapat, dosanya tidak lagi bertudung akan terus ditanggung arwah ayahnya di akhirat kelak.

Dalam komen sama, dia turut berkongsi pautan kenyataan Mufti Perlis bertajuk ‘Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung oleh Bapa?’

Menerusi pautan tersebut, menurut Mufti Perli, Datuk Dr. Maza, seorang bapa tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh anak sekiranya wanita tersebut telah mencapai akil baligh.

Kenyataan yang ditinggalkan Alya Iman menerusi ruangan komen tentang sama ada dosanya masih ditanggunG bapa, Allahyarham Azmil Mustapha- INSTAGRAM.

“Dalam Islam, setiap orang yang mukallaf (baligh, berakal dan sampai ajaran Islam secara jelas kepadanya) menanggung dosa sendiri.

“Tidak ada konsep pihak lain menanggung dosa orang lain. Apa yang ada ialah seseorang yang melakukan dosa dengan sengaja akan menanggung dosanya sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, pada 22 April lalu, Alya mengejutkan ramai apabila memuat baik foto dia tidak lagi mengenakan hijab.

Menurutnya, tindakan itu kerana enggan lagi hipokrit dan berpura-pura di depan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI