fbpx

Airport sebelah-sebelah, ramai keliru KLIA, KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar KLIA 2 yang dikongsikan Mohd Zulkifli Shafie di akaun Facebook miliknya.

PETALING JAYA – Terdapat ramai orang yang masih keliru dengan perbezaan diantara Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA 2 terutamanya bagi pelancong.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Mohd Zulkifli Shafie di akaun Facebook miliknya berkata, faktor bangunan KLIA dan KLIA 2 yang berbeza dan mempunyai nama sama membuatkan para pelancong terutamanya keliru.

“Banyak pelancong akan ‘confuse’. ‘Airport’ cuma sebelah menyebelah, guna ‘runway’ sama tapi nama berbeza.

“Mana pelancong tahu mereka perlu ke KLIA atau KLIA 2. Yang mereka tahu cuma KLIA sahaja,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Jelasnya, perkara ini membebankan kerana jika tersilap terminal, kos yang perlu ditanggung untuk ke terminal lain adalah besar dan waktu menunggu juga lama.

“Kalau tersalah terminal, bukannya ada ‘free train’ untuk ke terminal sebelah sebagaimana di kebanyakan international ‘airport’ lain.

“Kena tunggu ‘train’ setiap 20 minit atau naik teksi atau Grab yang bayarannya bukan murah,” ujarnya.

Tambahnya, pihak berwajib perlu menambah baik prasarana supaya dapat memudahkan semua pihak.

“Cuma kalau nak tambah baik, kena adakan ‘free train’ antara 2 ‘airport’ ni. Dengan cara itu KLIA akan jadi hub penerbangan yang lebih efisyen dan lebih ‘friendly’ untuk ‘traveller’ di Asia Tenggara, InsyaAllah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan cadangan menambah baik prasarana sedia ada.

“Setuju Tn. Zul. Perlu ada ‘free train’ antara kedua terminal ini. Buat masa sekarang disediakan ‘free shuttle bus’ antara kedua-kedua terminal ini,” kata Muhammad Khairi.

“Harga tikel ERL pun patut dikurangkan. Agak terlalu mahal bagi rakyat kita,” ujar Mohd Ezairol Rezan Zainol.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan KLIA bakal dijenamakan semua sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 bagi mencapai nilai lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI