fbpx

Wednesday musim kedua lebih seram – Jenna Ortega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNA ORTEGA

PELAKON utama siri popular Netflix, Wednesday, Jenna Ortega ‘membocorkan’ aset Wednesday musim kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Memetik laporan Just Jared, bintang berusia 20 tahun itu memberi bayangan bahawa Wednesday musim kedua bakal menampilkan episod yang lebih menyeramkan, berbanding musim pertama.

“Untuk musim kedua nanti, penonton akan merasai pengalaman lebih menyeramkan. Banyak adegan mengerikan bakal berlaku.

“Apa yang pasti, musim kedua Wednesday akan mendebarkan penonton,” katanya.

Menurut Ortega, sama seperti musim pertama, musim kedua juga tidak banyak mengandungi adegan romantik dan percintaan.

“Kami memutuskan untuk memberi kelebihan pada sisi seram. Elemen itu akan lebih gelap dan menakutkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI