fbpx

Untung CBP RM103.43 juta tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharom (dua dari kanan) selepas Pembentangan Prestasi CBP 2022 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM103.43 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang merupakan angka tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding rekod tahun sebelumnya yang berjumlah RM86.14 juta.

“Peningkatan keuntungan dipacu oleh pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan pembiayaan perumahan, di samping pembiayaan koperasi serta korporat.

“Selain itu, CBP juga menca­tat peningkatan tertinggi dalam asetnya iaitu sebanyak 28 peratus kepada RM7.73 bilion pada 31 Disember lalu, daripada RM6.07 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pembentangan Prestasi Tahun 2022 CBP di sini semalam.

Menurut Baharom, pengumuman dividen bakal dibuat dalam masa terdekat, selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kami telah mencadangkan pembayaran dividen sebanyak 6.3 peratus kepada SKM.

“Kadar yang dicadangkan itu adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu, seiring dengan keuntungan yang dicapai,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Baharom menambah, jumlah keahlian CBP kini dianggarkan lebih daripada 90,000 dan pihaknya me­nyasarkan keanggotaan seba­nyak 150,000 ahli menjelang tahun 2026.

Ujarnya, pembukaan semula tawaran kepada orang ramai untuk melanggan syer institusi perbankan berkenaan sejak Januari lalu turut membantu meningkatkan bilangan anggota.

“Tawaran ini akan terus dibuka sehingga hujung tahun ini, namun sekiranya kadar kehematan yang disasarkan dicapai lebih awal, ia mungkin akan ditutup sebelum tempoh tersebut.

“Kami menyasarkan untuk mencapai aset RM9 bilion menjelang akhir tahun ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI