fbpx

Tiga badan pensijilan halal Russia mohon diiktiraf Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemeriksaan badan pensijilan halal Russia oleh pegawai syariah Jakim.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus mendapat kepercayaan antarabangsa apabila mereka diminta melakukan pemeriksaan di tiga badan pensijilan halal di Russia.

Jakim menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, dua pegawai syariahnya kini berada di Russia bagi membuat pemeriksaan berkenaan.

Menurutnya, tiga badan pensijilan halal Russia itu memohon pengiktirafan halal Jakim dan proses itu sudah bermula sejak Jun lalu.

“Misi yang berlangsung sejak awal Jun itu turut mendapat perhatian Mufti Moscow, Albir Khazrat Krganov dan beliau amat mengalu-alukan kehadiran pihak Jakim ke Russia seterusnya memperkukuh hubungan baik antara badan-badan Islam di sana.

“Penerimaan tersebut menterjemahkan keyakinan serta membuktikan penerimaan dan pengiktirafan pihak luar terhadap Malaysia khususnya Jakim selaku badan pensijilan halal bertaraf dunia,” katanya.

Katanya, setakat ini, Jakim telah mengiktiraf 83 buah Badan Pensjilan Halal Luar Negara dari 46 buah negara.

“Kami mempunyai peranan penting bagi menyeragam dan mengharmonikan proses pelaksanaan pensijilan halal dalam kalangan negara anggota International Halal Authority Board (IHAB) terdiri daripada pihak autoriti negara, pertubuhan dan persatuan masyarakat.

“Usaha bersepadu ini pastinya melonjakkan nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan menjadikan halal sebagai inisiatif menghubungkan dunia,” katanya.

Katanya, pengesahan halal kini dan selamanya adalah satu manifestasi usaha pembangunan industri halal dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI