fbpx

Pesohor media sosial tipu hidap kanser tahap akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MianBaobao mengakui penipuan tersebut dilakukan untuk meraih perhatian ramai. - Instagram

TAIPEI – Seorang pesohor kecergasan di Taiwan yang didakwa menghabiskan masa bertahun-tahun melawan kanser akhirnya mendedahkan kepada pengikutnya bahawa dia selama ini berbohong, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita dikenali sebagai MianBaobao itu memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa dia telah didiagnos menghidap kanser pankreas tahap akhir, tiga tahun lalu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, wanita itu sering berkongsi video rutin kecergasannya yang digelar ‘sesi rawatan kanser’.

Akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan, penipuan itu pertama kali diketahui pada Mei lalu selepas suami MianBaobao menyiarkan beberapa butiran bercanggah di media sosial.

“Setiap kali pergi mendapatkan rawatan, dia berkeras supaya keluarga hanya menghantarnya ke pintu masuk hospital dan ingin berjumpa doktor seorang diri.

“Kos perubatan keluarga kami pada 2021 berjumlah 1,960 yuan (RM1,268) dan saya tidak pernah melihat doktor yang merawat, bukti diagnosis atau resit hospital sejak dua tahun lalu,” kata suami MianBaobao.

Bercakap buat kali pertama mengenai penipuan itu, MianBaobao memohon maaf kepada 11,000 pengikut Instagramnya dan mengakui penipuan tersebut dilakukan untuk meraih perhatian ramai.

Dia juga memohon maaf kepada keluarga dan syarikat yang telah menajanya selain akan meninggalkan kumpulan kecergasan tersebut kerana tidak layak menyertainya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI