fbpx

Penjawat awam diminta terap budaya membaca, ulang kaji, musyawarah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika beramah mesra dengan warga JPM pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama JPM bagi Bulan Jun Tahun 2023 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Budaya membaca, mengulang kaji dan musyawarah perlu diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi membolehkan mereka bersuara serta melontarkan pendapat kepada kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu ada pada penjawat awam bagi memudahkan kerajaan untuk merangka dan mengatur segala bentuk dasar hala tuju negara.

“Saya hadir banyak mesyuarat dan lain-lain… saya ada semangat itu, cuma saya nak lebarkan supaya dalam perbincangan ini ketua jabatan dan pegawai mempunyai pengkhususuan dalam bidang itu patut bersedia memberi pandangan mereka.

“Dengan itu saya fikir musyawarah kita itu lebih bermakna dan berkesan dan boleh diulas dan dipanjangkan dalam mesyuarat dipimpin oleh Ketua Setiausaha Negara,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bulan Jun, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, budaya menghukum terhadap sebarang perbezaan idea oleh individu tidak harus berlaku dalam kalangan penjawat awam dan ia perlu dibendung bagi membuka ruang kepada mereka melontar pendapat.

“Dalam pemahaman Islam, walaupun tidak bersifat melampau, tetapi dalam keadaan biasa apabila orang bertanya dan pertikai, jangan cepat kita menghukum.

“Dengan pembentukan dan percanggahan idea, dalam merangka dasar ekonomi, pendidikan dan sebagainya, umpamanya sekarang ini kita sedang melakukan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menentukan hala tuju, saya cuba melontarkan idea Madani tetapi tidak mengekang kita untuk berbincang dan bersuara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI