fbpx

Orang awam dijemput beri pandangan langkah kembangkan ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Orang awam dipelawa memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah mengembangkan ekonomi negara.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pandangan dikongsi akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).

“Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my.

“Pada masa sama, orang awam memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk landskap ekonomi Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI