fbpx

Operasi pembenihan awan jadi pelan mitigasi sektor pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan hadir ke operasi pembenihan awan oleh Nadma di Pangkalan TUDM, Subang, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

SUBANG – Operasi pembenihan awan (OPA) kini disasarkan menjadi serampang dua mata apabila turut menjadi pelan mitigasi kepada sektor pertanian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata, ia secara tidak langsung dapat menangani impak regim cuaca semasa kepada sektor itu.

“Kali ni diputuskan juga bahawa OPA ini dilakukan secara serampang dua mata ekoran monsun barat daya yang dijangka berlarutan sehingga September ini.

“Selain memastikan empangan-empangan air kita mempunyai kapasiti yang kondusif, dalam masa sama bertindak sebagai pelan mitigasi dalam menangani impak kepada sektor pertanian itu.

Namun katanya, kajian teknikal akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan sehingga kini, beberapa sungai disasarkan bagi tujuan tersebut.

“Dalam mesyuarat pengurusan bencana lepas, beberapa sungai disasarkan untuk kita lakukan OPA antaranya kawasan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak.

“Setakat ni belum ada keperluan tetapi sebagai pelan mitigasi untuk bantu sektor pertanian yang terkesan dengan fenomena cuaca yang membawa cuaca panas dan kering,” katanya ketika sidang akhbar OPA kali kedua di Pulau Pinang, di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang, di sini.

Hari ini OPA kali kedua akan dilaksanakan melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan TUDM di Pulau Pinang.

Armizan berkata, operasi itu diteruskan sehingga 13 Jun (esok), menyasarkan kawasan sama iaitu Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI