fbpx

Majlis kahwin jamu Starbucks, Sushi Tei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin menyediakan juadah makanan dan minuman yang berbeza daripada kenduri-kenduri lain. – TikTok @allana_organizer

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Jogjakarta menjadi perhatian kerana menawarkan Starbucks dan Sushi Tei sebagai antara makanan yang disajikan kepada tetamu, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Video mengenainya di laman TikTok menunjukkan kakitangan jenama kopi premium itu sedang menyiapkan minuman untuk untuk tetamu di gerai yang disediakan.

Selain itu, pelbagai jenis susyi yang disediakan kru Sushi Tei membuatkan netizen kagum dengan hidangan mewah semasa majlis perkahwinan tersebut.

“Kalau saya dapat tahu adanya majlis perkahwinan begini, saya akan datang walaupun tidak diundang,” kata seorang netizen.

“Bagaimana keadaan tetamu warga emas apabila melihatkan makanan yang disediakan tidak bersesuaian dengan selera mereka?,” kata netizen  lain.

Sementara itu, Wolipop menghubungi pemilik akaun yang memuat naik video tersebut, Rio Wibowo.

Rio merupakan pemilik syarikat perunding perkahwinan, Allana Organizer yang mengendalikan majlis itu.

“Majlis perkahwinan biasanya menyediakan juadah yang sering kita makan. Justeru, kali ini kami menyediakan menu kegemaran pelanggan. Bila lagi mahu makan makanan daripada jenama popular?” kata Rio.

Tambahnya, majlis perkahwinan yang berlangsung pada 5 dan 6 Mei lalu itu mengetengahkan adat Jawa Solo dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan dengan menggabungkan elemen antarabangsa dan Sumbawa.

Anggaran kos majlis tersebut adalah sekitar 800 juta rupiah (RM248,527) untuk 800 tetamu jemputan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI