fbpx

Luahan: Sekolah kurang murid, terlalu daif wajar tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) melihat keadaan bangunan lama Sekolah Kebangsaan Bandar Tinggi, Johor Bahru yang daif pada awal tahun ini.

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin memberi pandangan tentang 830 sekolah di seluruh negara yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif berskala enam dan tujuh yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf atau dibina bangunan gantian supaya selamat untuk diduduki.

Selain sekolah daif, bidang pendidikan juga dibelenggu masalah sekolah kurang murid iaitu terdapat 3,017 sekolah kurang 150 pelajar yang wajar ditutup bagi menjimatkan kos.

Masalah sekolah daif skala enam dan tujuh yang tidak selamat dan tidak boleh diduduki serta kurang murid amat wajar ditutup.

Bagaimanapun, bagi sekolah daif dan ramai murid pula, sekolah tersebut wajar mendapat keutamaan untuk digantikan dengan bangunan baharu.

Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memantau sekolah yang tidak selamat secara kerap kerana kebanyakan bangunan diperbuat daripada papan yang telah usang serta sistem pendawaiannya yang usang boleh menyebabkan berlaku kebakaran.

Bangunan lama ini tidak dibaiki keseluruhannya kerana tidak berbaloi dan sudah tentu struktur bangunannya tidak kukuh, mengalami kebocoran bocor, selain pendawaian dibuat secara ala kadar.

PESARA GURU
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI