fbpx

Lelaki ditemui mati dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan perubatan sedang membuat pemeriksaan terhadap mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui mati dalam bilik air di kediamannya di Jalan Setia Utama, Setia Alam di sini awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Simon Tan Cheng Kim berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.04 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal terdapat seorang lelaki berusia 55 tahun terkunci di dalam tandas dipercayai pengsan.

“Setelah pintu berjaya dibuka didapati mangsa tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI