fbpx

Konsert Coldplay 4 hari berturut-turut di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COLDPLAY bakal mengadakan konsert jelajah mereka, Music of the Spheres World Tour selama empat hari berturut-turut tahun hadapan.

PETALING JAYA – Singapura mencatat ‘sejarah’ apabila menjadi satu-satunya negara Asia yang terpilih menjadi lokasi konsert kumpulan popular antarabangsa, Coldplay selama empat hari berturut-turut.

Konsert yang diberi judul Coldplay Music of the Spheres World Tour itu akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura bermula 23 hingga 27 Januari 2024.

Berita gembira buat peminat kumpulan tersebut diumumkan dalam sebuah ciapan Twitter oleh penganjur konsert tersebut iaitu Live Nation Singapura, hari ini.

“Dengan bangganya, kami mengumumkan Coldplay bakal pecah rekod untuk persembahan di Singapura.

“Buat pertama kali mereka akan mengadakan konsert selama empat malam di Stadium Nasional Singapura!” ciapnya.

Pengumuman tersebut disambut baik oleh rakyat Singapura dan negara-negara jiran lain.

Pecah rekod. Konsert Coldplay Music of the Spheres World Tour selamat empat hari berturut-turut di Stadium Nasional Singapura, Januari tahun hadapan. – LIVE NATION SINGAPORE.

Bagi mereka, ini adalah peluang terbaik selepas gagal berebut membeli tiket konsert Coldplay di negara sendiri sebelum ini.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempertikai mengapa Singapura mendapat peluang menganjurkan konsert selama empat malam berturut-turut.

“Tolong jelaskan mengapa Singapura berhak dapat empat malam daripada Coldplay? Adakah untuk promosi pelancongan semata-mata?” soal seorang pengguna Twitter.

“Ini tak adil, konsert di Malaysia hanya satu malam sahaja,” luah seorang peminat.

Pada Mei lalu, Coldplay mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajahnya di beberapa negara Asia termasuk Jepun, Taiwan, Indonesia, Australia dan Malaysia bermula 6 November depan.

Demam konsert Coldplay berterusan sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk beberapa agamawan yang membantah penganjuran dan lambakan ulat tiket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI