fbpx

Khairy buat laporan SKMM iklan palsu pelaburan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan pelaburan saham menggunakan gambar Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung iklan pelaburan saham menggunakan namanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau menafikan pembabitan dirinya dalam mana-mana skim pelaburan saham yang menawarkan dividen dalam tempoh empat jam.

“Pihak saya tidak pernah berhubung atau berurusan dengan sebarang syarikat pelaburan saham. Laporan kepada SKMM akan dibuat berhubung iklan palsu ini,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Khairy Jamaluddin turut memuat naik iklan pelaburan saham berkenaan yang menyiarkan gambarnya dan logo Jata Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI