GARA-GARA masalah kesihatan yang semakin memburuk, penyanyi Onew daripada kumpulan Shinee terpaksa menghentikan semua aktiviti seni buat sementara waktu.
Khabar duka tersebut dimaklumkan pihak pengurusannya, SM Entertainment dalam satu kenyataan rasmi.
“Onew mengalami kemerosotan dalam kesihatannya dan telah berjumpa pakar untuk pemeriksaan dan rawatan.
“Dia dinasihatkan untuk berehat dan menerima rawatan. Dia dinasihatkan tidak menyertai konsert solo Shinee, dan sebaliknya akan berehat buat sementara waktu,” kata wakil SM Entertainment.
Selepas menamatkan sambutan ulang tahun ke-15 dan pertemuan bersama peminat pada Mei lalu, Shinee kini perlu menyelesaikan persiapan untuk kemunculan album penuh kelapan dan memulakan latihan untuk konsert solo pada bulan ini.