fbpx

Kes demam denggi menurun 6.9 peratus, tiga kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-22 iaitu dari 28 Mei hingga 1 Jun, menurun 6.9 peratus iaitu 2,455 kes berbanding 2,638 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiga kematian dilaporkan akibat komplikasi demam denggi pada minggu tersebut.

Katanya, kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 48,712 kes berbanding 18,883 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu meningkat 29,829 kes atau 158.0 peratus, manakala sebanyak 34 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 12 kematian bagi tempoh sama.

“Analisa kematian akibat komplikasi denggi bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020 hingga 2022, paling tinggi direkodkan adalah pesakit mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi iaitu 27 peratus.

“Ia disusuli penyakit kencing manis 23 peratus, obesiti (23 peratus), hiperlipidemia (lapan peratus), penyakit jantung (tujuh peratus) dan penyakit buah pinggang (enam peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, bilangan lokaliti hotspot pada minggu tersebut meningkat sebanyak 82 lokaliti hotspot berbanding 72 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Ia melibatkan 62 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (sembilan), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (lima), Sabah (empat) manakala Kedah serta Perak masing-masing satu,” ujarnya.

Beliau berkata, survelan chikungunya pula merekodkan sebanyak satu kes pada ME22 dan ia berlaku di Selangor menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini adalah sebanyak 135 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,163 sampel darah dan 57 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI