fbpx

‘Kalau dua juta ahli keluar, separuh cawangan telah terbubar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di Tanjung Bidara, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengingatkan pihak yang mendakwa bahawa dua juta ahli UMNO telah keluar parti agar mencipta provokasi yang lebih munasabah.

Beliau berkata, jika benar dakwaan itu berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), maka lebih separuh cawangan UMNO di seluruh negara akan terbubar.

Katanya lagi, pihak yang sengaja mencetuskan provokasi berkenaan digesa untuk lebih berhati-hati dan menggunakan data sahih sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kita baru sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO dan sambutan kali ini dilihat jauh lebih baik selepas PRU.

“Pengalaman saya sebagai Setiausaha Kerja UMNO, kita mempunyai 3.3 juta ahli tetapi kalau dua juta sudah keluar saya ingat tiga perempat daripada seluruh cawangan telah dibubarkan.

“Kalau nak buat provokasi pun beragak-agaklah, saya mengingatkan kakanda saya, Tan Sri Annuar Musa kalau hendak buat provokasi pakailah kalkulator terbaik, kalkulator politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Annuar yang mendakwa, lebih dua juta rakyat yang selama ini menjadi penyokong UMNO sudah meninggalkan parti itu kerana UMNO didakwa bukan lagi menjadi pilihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI