SHAH ALAM – “Saya cuma mahu anak-anak.”
Itu yang diperjuangkan isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses tuntutan hadanah di sini hari ini.
Shuhada yang tiba di mahkamah sekitar pukul 3.20 petang itu ditemani peguamnya, Nur Farhana Abdul Manaf.
Sementara itu, Hafidz ketika tiba enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan tuntutan hadanah yang difailkannya sebelum ini.
Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) pula pada 12 Mei terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Difahamkan, hadanah interim difailkan agar anak guamnya diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.
Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.
Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah sama pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Untuk rekod, Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan iaitu Humairah dan Umar.- KOSMO! ONLINE