fbpx

EPL: Tidak cukup sekadar beli Kane, Mount

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE kuat dikaitkan dengan perpindahan ke United ketika hanya memiliki kontrak semusim sahaja lagi bersama Tottenham Hotspur. – AFP

MANCHESTER – Legenda Man­­chester United, Andy Cole memberi amaran kepada pe­ngendali pasukan itu, Erik Ten Hag bahawa kehadiran Harry Kane dan Mason Mount belum pasti mampu­ untuk merapatkan jurang kelab ber­kenaan dengan Manchester City.

Pemenang gelaran trebel bersama United itu percaya bahawa pengurus pasukan itu memerlukan dana lebih £170 juta (RM986 juta) lagi untuk mendapatkan beberapa muka baharu selain Kane dan Mount bagi memastikan projek musim baharu nanti berjaya.

“Jika Kane ke United, tugasnya adalah untuk mendapatkan ja­ringan. Tetapi, membawa masuk seorang pemain untuk mendapatkan gol tidak mampu membuatkan anda memenangi kejuaraan.

“City memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bukan kerana Erling Haa­land seorang. Anda perlu melihat bagaimana gol yang dijaringkan itu berpunca, bahagian tengah adalah kawasan yang perlu diberikan perhatian untuk menghasilkan permainan yang baik.

“Jika United berjaya mendapatkan Kane, mereka mempunyai peluang memenangi liga, namun seorang pemain tidak mampu memberikan perbezaan. Sebab itulah kelompok pasukan teratas tidak hanya membeli seorang pemain,” katanya.

Sementara itu, Cole seakan tidak bersetuju dengan cadangan bekas kelabnya itu untuk mendapatkan khidmat Mount kerana menganggap pemain berkenaan tidak mampu memberikan impak besar.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini. Sasarannya adalah untuk merapatkan jurang dengan City. Adakah anda fikir City akan membeli pemain seperti Mount untuk menjadikan mereka lebih baik?” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI